awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk disaman pelabur Twitter atas dakwaan manipulasi pasaran

Sinar Harian
Sinar Harian
27/05/2022
03:54 MYT
Elon Musk disaman pelabur Twitter atas dakwaan manipulasi pasaran
Elon Musk menghadapi tuntutan saman daripada para pelabur Twitter kerana lambat mendedahkan bahawa beliau sebenarnya sudah membeli perkhidmatan rangkaian sosial itu. -Gambar hiasan/Reuters
SAN FRANCISCO: Individu paling kaya di dunia, Elon Musk menghadapi tuntutan saman daripada para pelabur Twitter kerana lambat mendedahkan bahawa beliau sebenarnya sudah membeli perkhidmatan rangkaian sosial itu.
Para pelabur berkata, melalui tindakan itu, Musk berjaya menyelamatkan sebanyak AS$156 juta (RM684.45 juta) dengan gagal mendedahkan bahawa beliau telah membeli lebih daripada lima peratus saham Twitter sebelum 14 Mac lalu.
Musk juga terus membeli saham selepas 14 Mac dan akhirnya mendedahkan pada awal April lepas bahawa beliau telah memiliki 9.2 peratus saham Twitter, menurut saman tersebut yang difailkan pada Rabu di sebuah mahkamah Persekutuan San Francisco.
"Dengan menangguhkan pendedahan pegangannya dalam Twitter, Musk terlibat dalam manipulasi pasaran dan membeli saham Twitter pada harga rendah," kata pelabur-pelabur tersebut.
"Manipulasi pasaran Musk berjaya. Twitter telah kehilangan (nilai) sebanyak AS$8 bilion (RM35.10 bilion) dalam penilaian sejak pembelian itu diumumkan," kata tuntutan saman itu.
Para pelabur itu meminta mahkamah mengenakan jumlah ganti rugi punitif dan jumlah pampasan yang tidak ditentukan.
Musk sebelum ini mengumumkan bahawa beliau bersetuju membeli Twitter pada harga AS$44 bilion (RM193.05 bilion). - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#disaman pelabur
#Manipulasi Pasaran
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan