awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk kembali menjadi individu terkaya dunia

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
28/02/2023
03:40 MYT
Elon Musk kembali menjadi individu terkaya dunia
Menurut penyedia kewangan Bloomberg, kekayaan Musk kini AS$187.1 bilion (RM836.06 bilion) mengalahkan AS$185.3 bilion (RM828.01 bilion) milik Arnault.
ELON Musk merampas kembali 'takhta' sebagai individu terkaya dunia selepas gelaran tersebut dipegang keluarga pemilik fesyen mewah LVMH, Bernard Arnault.
Sejak permulaan 2023 kekayaan Musk melonjak hampir 70 peratus apabila harga saham Tesla, syarikat kenderaan elektrik miliknya peroleh manfaat rali 100 peratus selepas berada di paras rendah pada bulan Januari.
Tesla mengaut keuntungan apabila permintaan kenderaan elektrik (EV) meningkat selepas mereka membuat potongan harga beberapa model keretanya.
Musk mengambil alih tempat pertama itu selepas menyaksikan saham Tesla meningkat 5.5 peratus sepanjang hari Isnin, menjadikan jumlah kekayaannya kini AS$187.1 bilion (RM836.06 bilion) mengalahkan AS$185.3 bilion (RM828.01 bilion) Arnault menurut penyedia data kewangan Bloomberg.
Nilai keuntungan Tesla mula meroket sejak pandemik COVID-19 namun disebabkan kebimbangan terhadap pengeluaran, Tesla menjadi antara saham teknologi yang teruk terjejas tahun lalu.
Dalam pada itu, kewangan Musk juga terkesan sebanyak AS$44 bilion (RM196.61 bilion) tahun lalu apabila dikehendaki menjual saham Tesla bernilai AS$15 bilion (RM67.01 bilion) dalam usahanya mengambil alih Twitter pada akhir Oktober, sekaligus menjadi kontroversi dalam kalangan pelabur.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Tesla
#Bloomberg
#Bernard Arnault
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan