DUNIA
Elon Musk lancar Grokipedia, pesaing baharu Wikipedia
Elon Musk melancarkan Grokipedia, sebuah ensiklopedia dalam talian berasaskan kecerdasan buatan (AI), yang disifatkan sebagai alternatif kepada Wikipedia. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Usahawan teknologi dan bilionair Elon Musk melancarkan Grokipedia, sebuah ensiklopedia dalam talian berasaskan kecerdasan buatan (AI), yang disifatkan sebagai alternatif kepada Wikipedia.
Dilancarkan pada Isnin oleh syarikat AI milik Musk, xAI, Grokipedia menampilkan lebih 880,000 artikel yang dijana sepenuhnya oleh Grok – chatbot AI yang turut digunakan dalam platform media sosial X.
Berbeza dengan Wikipedia yang ditulis dan disunting oleh komuniti sukarelawan, Grokipedia tidak membenarkan suntingan pengguna, namun menyediakan ruang untuk maklum balas sekiranya terdapat kesilapan fakta.
Musk menyatakan matlamat Grokipedia adalah untuk menyampaikan “kebenaran, seluruh kebenaran dan tiada yang lain selain kebenaran.”
Beliau turut berkongsi hasrat untuk menghantar salinan Grokipedia ke orbit, Bulan dan Marikh sebagai usaha memelihara pengetahuan untuk masa depan.
Namun, pelancaran Grokipedia tidak terlepas daripada kontroversi.
Beberapa artikel dilaporkan menyerupai kandungan Wikipedia secara langsung, termasuk penafian bahawa sesetengah kandungan telah diadaptasi daripada Wikipedia di bawah lesen Creative Commons.
Grokipedia juga dikritik kerana memaparkan kecenderungan politik konservatif dan menyokong naratif yang selari dengan pandangan Musk.
Sebagai contoh, artikel mengenai George Floyd – individu yang kematiannya mencetuskan protes besar-besaran di Amerika Syarikat – dimulakan dengan latar belakang jenayah Floyd, berbeza dengan Wikipedia yang menyifatkannya sebagai mangsa pembunuhan oleh seorang pegawai polis kulit putih.
Artikel mengenai Musk sendiri turut menunjukkan perbezaan ketara.
Wikipedia menggambarkan beliau sebagai “tokoh yang mencetuskan kontroversi” dan mengaitkannya dengan penyebaran maklumat palsu serta kenyataan berunsur perkauman dan transfobia.
Sebaliknya, Grokipedia memuji sumbangan Musk dalam perdebatan teknologi dan menggambarkan beliau sebagai tokoh pembaharuan yang berani.
Wikimedia Foundation, organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mengendalikan Wikipedia, dalam kenyataan balasnya menegaskan bahawa “pengetahuan Wikipedia adalah – dan akan sentiasa – hasil ciptaan manusia.”
Mereka turut menyatakan bahawa percubaan untuk menghasilkan versi alternatif Wikipedia bukanlah perkara baharu dan tidak menjejaskan misi asal mereka.
Musk menyatakan Grokipedia akan terus dikemas kini selari dengan peningkatan keupayaan Grok.
“Kami sedang mengintegrasikan prinsip pemikiran kritikal dan ketepatan dalam Grok,” katanya di X. - Agensi