Elon Musk lantik bos baharu Twitter

Agensi
Mei 11, 2023 22:50 MYT
Pemilik Twitter, Elon Musk berkongsi berita yang beliau telah menemui seorang individu yang akan menerajui platform media sosial popular itu. - Gambar fail REUTERS
PEMILIK Twitter, Elon Musk berkongsi berita yang beliau telah menemui seorang individu yang akan menerajui platform media sosial popular itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.
Pengumuman itu dibuat Musk di akaun rasmi Twitter peribadinya.
Musk membeli platform media sosial itu pada harga AS$44 bilion tahun lalu.
Musk, bagaimanapun, tidak menamakan individu berkenaan, namun memberi bayangan personaliti wanita itu akan memulakan tugas dalam masa enam minggu akan datang.

Excited to announce that Ive hired a new CEO for X/Twitter. She will be starting in ~6 weeks! My role will transition to being exec chair & CTO, overseeing product, software & sysops.

— Elon Musk (@elonmusk) May 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelantikan orang baharu itu kelak, jelas Musk, akan membolehkan beliau memberi tumpuan sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi.
Musk, lapor CNN, menerima tekanan agar menamakan orang lain menerajui syarikat tersebut dan beliau digesa memberi perhatian pada perniagaan lain yang diusahakannya.
Bilionair dunia itu yang juga perintis pembuatan kereta elektrik, Tesla dan syarikat kapal angkasa SpaceX, pada November lalu berkata, beliau menjangkakan akan mengurangkan masanya di Twitter dan akan mencari pemimpin baharu.
#Elon Musk #bos baharu Twitter #Twitter #Tesla