Elon Musk nak beli Manchester United?

Astro Awani
Ogos 17, 2022 03:20 MYT
Musk, orang terkaya di dunia itu, mempunyai sejarah memuat naik Tweet yang tidak jelas sama ada hanya merancang atau benar-benar melakukannya. - Foto fail/REUTERS
KETUA Pegawai Eksekutif dan Pengasas Tesla, Elon Musk umum beliau akan membeli kelab bola sepak Manchester United dalam satu muat naik di Twitter.
Bagaimanapun Musk, orang terkaya di dunia itu, mempunyai sejarah memuat naik Tweet yang tidak jelas sama ada hanya merancang atau benar-benar melakukannya.
"Juga, saya akan membeli Manchester United, sama-sama," kata Musk dalam satu ciapan pada Rabu.

Also, Im buying Manchester United ur welcome

— Elon Musk (@elonmusk) August 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manchester United adalah salah satu kelab bola sepak terbaik di dunia dan telah menjadi juara England sebanyak 20 kali serta pertandingan berprestij global, Piala Eropah sebanyak tiga kali.
Pasukan itu dikawal oleh keluarga Glazer Amerika yang membeli kelab itu dengan harga £790 juta (AS$955.51 juta) pada tahun 2005
Namun ketika ini Glazer tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan kenyataan terbaharu Musk itu.
Kelab bola sepak itu mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$2.08 bilion, pada penutupan pasaran saham pada Selasa.
Peminat Manchester United dalam beberapa tahun kebelakangan ini memprotes tindakan Glazers
yang tidak membawa masuk pemain terkemuka.
Ketidakpuasan hati peminatnya semakin membara apabila kelab itu menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, manakala saingannya Manchester City memenangi gelaran berkenaan dua kali berturut-turut.
Gerakan antiGlazer mendapat momentum tahun lalu selepas United terlibat dalam percubaan yang gagal membentuk Liga Super Eropah.
Sebelum ini, peminat menggesa Musk untuk membeli Manchester United daripada memutuskan untuk membeli Twitter.
Musk cuba untuk keluar dari perjanjian AS$44 bilion membeli Twitter, sekaligus menyebabkan syarikat media sosial itu membawa perkara berkenaan ke mahkamah.
#Elon Musk #Tesla #Manchester United #Manchester City #Liga Perdana Inggeris