INTERNATIONAL

Elon Musk sambut cahaya mata, dinamakan X AE A-12

Astro Awani 06/05/2020 | 02:53 MYT
Musk memberitahu nama anak mereka adalah X A-12. Gambar fail/ Reuters
PENGASAS Tesla, Elon Musk bersama penyanyi warganegara Kanada, Grimes menyambut cahaya mata sulung mereka pada Selasa.
Bayi lelaki mereka itu mendapat perhatian di media sosial kerana mempunyai nama yang unik.
Pengasas syarikat teknologi itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi Twitter, menyatakan bahawa ibu dan anak berada dalam keadaan baik.
Apabila ditanya mengenai nama bayi tersebut, Musk menjawab: “X Æ A-12.”
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan itu, Grimes atau nama sebenarnya Claire Elise Boucher turut memberi penjelasan menerusi Twitter mengenai makna di sebalik nama unik itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Baru-baru ini, Tesla mengalami kerugian apabila hilang saham bernilai AS$13 bilion, bersamaan dengan RM56 bilion susulan beberapa ciapan yang dimuat naik oleh pengasasnya di Twitter.
Pada 2 Mei lalu, Musk mengumumkan menerusi Twitter bahawa beliau akan menjual segala harta benda, termasuk rumahnya sendiri.
Sehari sebelum itu, beliau turut mendakwa bahawa nilai saham Tesla terlalu mahal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika dihubungi akhbar Wall Street Journal dan ditanya sama ada beliau hanya bergurau dalam tweet berkenaan, Musk menjawab: “Tidak.”
#Claire Elise Boucher #Elon Musk #Grimes #Tesla #Wall Street Journal #X AE A-12