awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk sokong parti AFD di Jerman

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2024
23:40 MYT
Elon Musk sokong parti AFD di Jerman
Sokongan terbuka Musk terhadap parti itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat dan media. - Foto fail/REUTERS
Elon Musk umum sokongan terhadap Parti Alternative For Germany (AFD) dalam sebuah rencana pendapat untuk akhbar tempatan Jerman, yang diterbitkan Sabtu lalu.
Dalam rencana itu, Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AFD dapat menyelamatkan Jerman".
Artikel itu mendorong peletakan jawatan editor bahagian komentar akhbar tersebut sebagai tanda protes.
Musk juga menolak gambaran AFD sebagai parti ekstremis sayap kanan.
Beliau mendakwa pemimpin parti, Alice Weidel, mengamalkan kehidupan songsang yang menurutnya bertentangan dengan stereotaip ekstremis.
Agensi perisikan domestik Jerman mengklasifikasikan AFD sebagai kes disyaki berkaitan ekstremisme sejak 2021.
Sokongan terbuka Musk terhadap parti itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat dan media.
Editor, Eva Marie Kogel, meletakkan jawatan selepas artikel tersebut diterbitkan.
Beliau mengumumkan keputusannya di platform X, dengan pautan ke artikel berkenaan.
Sokongan Musk terhadap AFD hadir ketika Jerman bersiap menghadapi pilihan raya pada 23 Februari, selepas kejatuhan kerajaan gabungan pimpinan Olaf Scholz.
AFD kini di tempat kedua dalam tinjauan pendapat, dengan potensi menghalang majoriti gabungan kanan-tengah atau kiri-tengah.
Namun, parti arus perdana Jerman menegaskan tidak akan menerima sokongan AFD di peringkat nasional.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#AfD
#parti ekstremis sayap kanan
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan