awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hampir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk tawar beli Twitter AS$43 bilion

Bernama
Bernama
15/04/2022
03:59 MYT
Elon Musk tawar beli Twitter AS$43 bilion
Jutawan Elon Musk sanggup membayar AS$54.20 setiap saham untuk membeli 100 peratus syarikat itu.
SAN FRANCISCO: Makluman kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS pada Khamis menunjukkan Elon Musk membuat tawaran untuk membeli Twitter.
Jutawan itu berkata beliau sanggup membayar AS$54.20 setiap saham untuk membeli 100 peratus syarikat itu.
Tawaran tunai keseluruhan menjadikan nilai syarikat rangkaian sosial itu mencecah AS$43.4 bilion, kata Xinhua.
"Saya melabur dalam Twitter kerana percaya potensinya untuk menjadi platform untuk bebas bersuara di seluruh dunia," tulis Musk dalam e-mel kepada Bret Taylor, Pengerusi Lembaga Pengarah Twitter.
E-mel itu diterbitkan semula dalam pemfailan SEC, sambil menambah bahawa "Twitter perlu ditransformasi sebagai syarikat persendirian."
"Tawaran saya adalah tawaran terbaik dan terakhir, dan jika ia tidak diterima, saya perlu pertimbangkan semula kedudukan saya sebagai pemegang saham," kata Musk.
Tawaran itu adalah premium 54 peratus sehari sebelum beliau mula melabur dalam Twitter dan premium 38 peratus sehari sebelum pelaburannya diumumkan secara terbuka.
Twitter mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan penerimaan tawaran Musk dan berkata lembaganya akan "meneliti cadangan itu untuk tindakan".
Pembelian Twitter | Elon Musk tawar AS$41 bilion
Pada 4 April, Twitter mengesahkan bahawa Musk memperoleh 9.2 peratus saham syarikat itu untuk menjadi pemegang saham terbesar.
Namun Musk kemudiannya enggan menyertai barisan lembaga pengarah.
Sebagai ahli lembaga pengarah, Musk tidak dibenarkan memiliki lebih daripada 14.9 peratus saham syarikat.
Musk kini merupakan orang terkaya di dunia.
Menurut Forbes, nilai kekayaannya kini adalah AS$273.6 bilion. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#beli Twitter
#jutawan Elon Musk
#Forbes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan