Emir Kuwait, Sheikh Sabah meninggal dunia pada usia 91 tahun

Agensi
September 29, 2020 15:35 MYT
Sheikh Sabah Al-Ahmad dilaporkan menghembus nafas terakhir pada usia 91 tahun. - Gambar fail/Wikipedia
EMIR Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
Sheikh Sabah Al-Ahmad dilaporkan menghembus nafas terakhir pada usia 91 tahun.
Memetik laporan antarabangsa, Menteri Hal Ehwal Dalam Negara, Sheikh Ali Jarrah al-Sabah memaklumkan seluruh negara turut berduka dengan pemergian beliau.
Sheikh Sabah sebelum ini dilaporkan berlepas ke Amerika Syarikat pada 23 Julai lalu bagi menerima rawatan susulan pembedahan yang dilakukan baru-baru ini.
Beliau sebelum ini ditahan di wad pada 18 Julai bagi pemeriksaan kesihatan selepas pembedahan dilakukan satu hari sebelum itu.
Ketika ini, Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilaporkan menggalas tugas sebagai Emir.
#Amerika Syarikat #meninggal dunia #Emir Kuwait #Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah #Pembedahan #Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber #Putera Mahkota Kuwait