Emiriyah Arab Bersatu dilanda 'salji', penduduk terkejut dan teruja

Astro Awani
Januari 20, 2015 09:45 MYT
Seorang budak lelaki teruja dengan perubahan lanskap yang kini diselimuti 'salji' putih di Bukit Golan. - Foto AP/Ariel Schalit
Jika di Malaysia, keadaan suhu di beberapa kawasan di Pantai Timur yang lebih rendah dan dingin berbanding biasa mula menjadi bualan ramai, lain pula bagi penduduk di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kerana mereka sudah mula keluar bermain ‘salji’ semalam.
Portal Emirates247.com melaporkan sebahagian besar penduduk di Tanah Arab mula membiasakan diri dengan suasana dingin akibat dilanda ribut hujan batu di banyak tempat. Selain itu, hujan juga dijangkakan terus turun di beberapa kawasan di negara berkenaan.
Ribut hujan batu telah melanda zon Asia Barat berkenaan hingga menyelimuti lanskap negara yang terkenal dengan padang pasir itu dengan pemandangan putih yang luar biasa.
Pengguna media sosial di negara berkenaan juga memenuhkan susur masa dengan pelbagai gambar dan menganggap ketulan-ketulan ais tersebut sebagai ‘salji’.
Gambar menunjukkan ketulan-ketulan ais berselerakan di Abu Dhabi yang berpunca daripada fenomena ribut hujan batu. - Foto dari laman web Emirates247.com/Dave Laureles
Pusat Meteorologi dan Seismologi Kebangsaan (UAE) juga telah mengesahkan ia sebagai ketulan-ketulan daripada hujan batu.
Arus sejuk dan hujan dalam fenomena itu adalah disebabkan tekanan rendah dan pergerakan awan dari Arab Saudi ke UAE, kata pusat berkenaan.
Malam semalam menyaksikan petir dan kilat sabung-menyabung di beberapa tempat di UAE termasuk hujan sederhana dan lebat di bahagian Timur negara berkenaan. Cuaca mendung dan tupan angin kuat yang menjejaskan jarak penglihatan juga dijangka kerap berlaku dalam masa beberapa hari ini.
Berikut adalah beberapa kemas kini daripada pengguna Twitter yang menunjukkan gambar keadaan cuaca pelik di Tanah Arab:

Strange weather in UAE: Dubai heavy rains with thunder, Abu Dhabi got snow fall! pic.twitter.com/GaQamKwsyN

— Pekka Kangas (@pekkakangas) January 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Incase you're wondering this is Dubai - Abu Dhabi road covered in snow. pic.twitter.com/0406eh297J

— Anos. (@NotAnas_) January 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Hail the #snow in #AbuDhabi... http://t.co/EHV1Q5PU8K #UAE #Dubai #Rain pic.twitter.com/Q2ojK52qz5

— Emirates 24|7 (@Emirates247) January 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

م#/a> فا Now This never happens At firsttime #AbuDhabi people see snow in their lives pic.twitter.com/tMJL2JCUfa

— لDubai UAE (@dubai4world) January 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
ALBUM FOTO: Ribut salji dan cuaca sejuk melampau di Asia Barat.
#ais #dingin #Emiriyah Arab Bersatu #ribut hujan batu #salji #suhu #UAE