Empangan pecah di Myanmar, 63,000 penduduk dipindahkan

Astro Awani
Ogos 30, 2018 22:16 MYT
Empangan Swar Chaung yang pecah pada Rabu itu bagaimanapun tidak mengalami kerosakan yang teruk. REUTERS
Puluhan ribu penduduk di beberapa daerah di Myanmar terpaksa dipindahkan berikutan empangan pecah di wilayah Bago.
Setakat ini, 85 perkampungan terjejas teruk akibat ditenggelami air selepas Empangan Swar Chaung itu pecah pada Rabu.
Air Sungai Swar dilaporkan naik mendadak sehingga membanjiri perkampungan dan bandar-bandar berhampiran Swar serta Yedashe.
Insiden itu turut menjejaskan lebuh raya dan memaksa lebih 63,000 penduduk meninggalkan rumah mereka.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Pengairan Dan Penggunaan Air, Zaw Lwin Tun, runtuhan itu disebabkan oleh saluran untuk mengalirkan air berlebihan rosak.
Namun, empangan itu tidak mengalami kerosakan yang teruk.
#Bago #empangan #Empangan Swar Chaung #Myanmar #pecah #Penduduk #pindah