DUNIA
Empat anggota keselamatan terbunuh dalam serangan di wilayah barat daya Pakistan
Ketika kejadian, kira-kira 25 anggota polis dan 10 pegawai Levies sedang bertugas. - Gambar fail/ Reuters
ISLAMABAD: Empat anggota polis dan kumpulan separa tentera Levies terkorban, manakala beberapa lagi cedera dalam serangan bersenjata di dua balai di wilayah barat daya Balochistan pada Rabu, menurut sumber polis.
Menurut sumber yang enggan dikenali, seramai lapan hingga 10 penyerang bersenjata menyasarkan kedua-dua balai di daerah Sherani pada awal pagi, lapor Xinhua.
"Penyerang yang berada di sebuah bukit berhampiran melancarkan roket ke arah kedua-dua kemudahan yang terletak kira-kira 200 meter antara satu sama lain," katanya.
Ketika kejadian, kira-kira 25 anggota polis dan 10 pegawai Levies sedang bertugas.
Serangan itu turut menyebabkan beberapa kenderaan musnah.
Pasukan separa tentera Kor Frontier segera dikerah ke lokasi sejurus selepas kejadian, manakala unit Pasukan Anti-Keganasan dan Jabatan Pencegahan Keganasan turut dihantar ke kawasan itu.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbabit.
-- BERNAMA