awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat askar Indonesia hilang selepas diserang hendap pemberontak

Bernama
Bernama
18/04/2023
15:28 MYT
Empat askar Indonesia hilang selepas diserang hendap pemberontak
Mereka adalah antara 36 askar yang menyertai operasi menyelamat tebusan juruterbang New Zealand, Phillip Mark Mehrtens, di Kabupaten Nduga. - Bernama
JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat tentera Indonesia dilaporkan hilang selepas diserang pemberontak di wilayah bergolak Papua.
Mereka adalah antara 36 askar yang menyertai operasi menyelamat tebusan juruterbang New Zealand, Phillip Mark Mehrtens, di daerah berbukit dan pergunungan di Kabupaten Nduga pada Sabtu.
"Nasib empat anggota itu masih belum dapat dipastikan," kata Panglima Angkatan Tentera Indonesia, Laksamana Yudo Margono dalam satu kenyataan.
Beliau juga mengarahkan askar bersiap sedia untuk tempur sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan yang digelar Free Papua.
Indonesia mengklasifikasikan kumpulan itu dan organisasi gabungannya di Papua, sebagai kumpulan pengganas pada 29 April 2021.
Yudo dan pegawai tentera tertinggi melawat wilayah itu pada Isnin untuk menilai operasi mencari dan menyelamat Mehrtens.
Dia diculik oleh kumpulan itu selepas mendaratkan pesawat komersial Susi Air di Lapangan Terbang Paro pada Februari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentra indonesia
#Papua
#operasi menyelamat
#Nduga
#tentera hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan