[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Empat banduan termasuk rakyat Malaysia lari dari penjara Bali

Agensi 19/06/2017 | 05:53 MYT
Empat termasuk seorang rakyat Malaysia lari dari penjara di Bali pada Isnin. - Gambar hiasan.
Empat banduan warga asing telah melarikan diri dari penjara Kerobokan di pulau peranginan Bali di Indonesia dengan melalui terowong, menurut ketua penjara itu pada Isnin.
Tony Nainggolan menamakan empat orang itu sebagai Shaun Edward Davidson dari Australia, Dimitar Nikolov dari Bulgaria, Sayed Muhammad dari India dan Tee Kok King dari Malaysia.
"Terowong itu kira-kira 12 meter (39 kaki) panjang dan kami syak ia mengambil masa lebih seminggu untuk dibina," kata Nainggolan, sambil menambah polis telah memulakan carian dan percaya mereka masih berada di Bali, tidak jauh dari penjara itu.
#Australia #Bali #lari #Malaysia #penjara #rakyat Malaysia #warga asing