[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Empat cedera dalam serangan bom paip di New York, suspek ditahan

Agensi 11/12/2017 | 14:57 MYT
Trak polis berperisai ditempatkan di atas sebatang jalan di luar Pihak Berkuasa Pelabuhan New York di New York City, Amerika Syarikat, 11 Disember, 2017 susulan laporan terjadinya letupan. REUTERS
Satu letupan bom berlaku di terminal bas penguat kuasa pelabuhan New York, iaitu antara hab penumpang yang tersibuk di bandar berkenaan pada Isnin.
Seorang suspek ditangkap dan empat orang dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan yang berlaku jam 8 pagi waktu tempatan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Polis dan petugas kecemasan bergegas ke lokasi kejadian di barat Manhattan sejurus mendapat laporan.
Menurut ABC News, Datuk Bandar New York Bill Debasio sudah diberi taklimat mengenai kejadian itu.
Setiausaha Media White House, Sarah Sanders menerusi akaun Twitternya turut mengesahkan Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terminal bas itu ditutup sementara.
#Bill Debasio #Datuk Bandar New York #letupan #New York #serangan #suspek