Empat hilang dalam kejadian tsunami di Greenland

Agensi
Jun 18, 2017 14:48 MYT
Menurut laporan agensi berita tempatan, KNR, "empat penduduk hilang". - YouTube - Eli SN
Empat orang dilaporkan hilang hari ini selepas gempa bumi mencetuskan tsunami di Greenland.
Kejadian turut memaksa penduduk dipindahkan.
Menurut laporan agensi berita tempatan, KNR, “empat penduduk hilang” yang memetik kenyataan ketua polis Bjorn Tegner Bay dalam satu sidang akhbar.
Bagaimanapun tiada pengesahan sama ada wujud kematian akibat bencana itu namun Bay berkata 11 rumah telah dihanyutkan ombak selepas gempa bumi berkekuatan empat magnitud melanda perairan Uummannaq, sebuah pulau kecil di tengah-tengah lautan Artik.
#gempa bumi #Greenland #Stockholm #tsunami #Uummannaq