awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM jumpa wakil sekolah antarabangsa, Dong Zong bincang subjek BM, Sejarah
SPRM buka kertas siasatan kes salah guna kuasa beli tanah guna wang zakat
NGO Pro Palestin kecam intimidasi AS, sokong Republik Islam Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat individu didakwa rancang serangan bom malam Tahun Baharu di California Selatan

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2025
22:00 MYT
Empat individu didakwa rancang serangan bom malam Tahun Baharu di California Selatan
Kesemua suspek dipercayai anggota cabang radikal kumpulan yang dikenali sebagai Turtle Island Liberation Front. - Foto AP
LOS ANGELES: Pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat berkata mereka berjaya menggagalkan rancangan untuk mengebom beberapa syarikat di California Selatan sempena sambutan malam Tahun Baharu, dengan penahanan empat individu yang dikaitkan dengan kumpulan ekstremis anti-kapitalis dan anti-kerajaan.
Keempat-empat suspek, Audrey Illeene Carroll, 30; Zachary Aaron Page, 32; Dante Gaffield, 24; dan Tina Lai, 41, ditahan pada Jumaat lalu ketika sedang menguji bahan letupan di kawasan gurun timur Los Angeles, menurut Penolong Peguam Negara AS, Bill Essayli dalam satu sidang media.
Pihak berkuasa turut menayangkan rakaman udara yang menunjukkan suspek mengalihkan objek besar berwarna hitam ke atas meja di kawasan gurun sebelum mereka diberkas.
Dalam aduan jenayah yang difailkan, kesemua suspek berasal dari kawasan Los Angeles dan dipercayai anggota cabang radikal kumpulan yang dikenali sebagai Turtle Island Liberation Front.
Motif serangan tidak didedahkan, namun setiap suspek kini berdepan pertuduhan konspirasi dan memiliki peranti pemusnah, dengan kemungkinan pertuduhan tambahan akan dikemukakan dalam minggu-minggu akan datang.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada mereka mempunyai peguam, dan cubaan The Associated Press untuk menghubungi ahli keluarga mereka tidak berjaya.
Topic Berkaitan
#rancangan bom
#Malam Tahun Baharu
#FBI
#Turtle Island Liberation Front
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan