DUNIA
Empat maut, 14 cedera insiden tembakan di kelab malam Chicago
Sebuah papan tanda menunjukkan Restoran dan Lounge Artis di Chicago telah ditutup oleh pihak polis. - Foto AP
CHICAGO: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 14 lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku di luar Artis Lounge, sebuah kelab malam di kawasan River North, Chicago, Amerika Syarikat (AS) lewat malam Rabu.
Menurut pihak polis, sebuah kenderaan berwarna gelap menghampiri kumpulan orang ramai yang baru keluar dari majlis pelancaran album penyanyi rap tempatan Mello Buckzz, sebelum penyerang melepaskan tembakan secara rambang ke arah mereka sekitar jam 11 malam waktu tempatan.
Mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun, serta dua wanita dewasa yang ditembak di bahagian dada.
Antara yang cedera, tiga berada dalam keadaan kritikal, termasuk seorang wanita berusia 21 tahun yang ditembak di mulut, seorang wanita 24 tahun yang cedera di belakang, dan seorang lagi wanita 25 tahun yang cedera di kaki.
Kesemua mangsa berusia antara 21 hingga 32 tahun, dan telah dihantar ke beberapa hospital berdekatan termasuk Northwestern Memorial dan Stroger Hospital.
Tiada suspek ditahan setakat ini, dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.
Saksi melaporkan suasana panik dan kekacauan, dengan polis dan ambulans tiba dalam jumlah besar, serta barang-barang peribadi mangsa bertaburan di jalan.
Insiden ini berlaku di lokasi yang pernah menyaksikan tembakan maut pada tahun 2022, dan kelab malam terdahulu di alamat sama telah ditutup atas alasan keselamatan awam.