Empat maut banjir di Pakistan - Laporan

Bernama
Julai 23, 2023 02:40 MYT
Seorang peniaga mengharung air banjir akibat hujan monsun yang lebat di Lahore, Pakistan, 22 Julai 2023. (Foto AP)
MOSCOW: Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang kanak-kanak maut akibat banjir dan hujan lebat di Pakistan, lapor Sputnik.
Akhbar The Dawn memetik kenyataan pihak berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA) di negeri Punjab, bahawa tiga wanita dan seorang kanak-kanak maut di bandar Lahore, Gujranwala, Mandi Bahauddin dan Faisalabad akibat banjir.
Hujan lebat yang bermula di utara India pada 8 Julai kemudiannya menyebabkan kejadian banjir di tengah Pakistan.
Menurut NDTV, lebih 40 orang maut di utara India akibat hujan lebat dan tanah runtuh.
--BERNAMA
#Pakistan #banjir #hujan lebat #kes kematian