DUNIA

Empat maut dalam insiden tembakan di bar Montana, suspek diburu

Astro Awani 02/08/2025 | 06:30 MYT
Empat maut dalam insiden tembakan di The Owl Bar, Anaconda, Montana. Suspek dikenal pasti sebagai Michael Paul Brown sedang diburu. -Foto AP
LOS ANGELES: Empat individu dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan di sebuah bar di Anaconda, Montana, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Jumaat, menurut laporan media tempatan yang dipetik agensi berita Xinhua.


Ringkasan AI
  • Empat maut dalam insiden tembakan di The Owl Bar, Anaconda, Montana; suspek dikenal pasti sebagai Michael Paul Brown.
  • Polis sedang memburu suspek yang dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran; ATF turut bantu siasatan.
  • Gabenor Montana gesa orang ramai doakan mangsa dan anggota keselamatan; motif kejadian masih belum dikenal pasti.


Insiden berlaku sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan di The Owl Bar, sebuah premis hiburan yang terletak di barat daya Montana.

Suspek dikenal pasti sebagai Michael Paul Brown, 45, yang dilaporkan tinggal bersebelahan dengan lokasi kejadian.

Menurut Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Anaconda-Deer Lodge County, gambar suspek telah dimuat naik ke Facebook dan orang awam dinasihatkan agar menjauhi kawasan Stumptown serta lokasi sekitar barat Anaconda, termasuk Stumptown Road dan Anderson Ranch Loop Road.

Pihak berkuasa kini sedang memburu suspek yang dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan berbukit berhampiran.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setakat petang Jumaat, beberapa kenderaan polis dilihat berada di luar bar tersebut ketika siasatan diteruskan.

Gabenor Montana, Greg Gianforte, dalam hantaran di platform X, menyatakan bahawa beliau sedang memantau rapat perkembangan insiden dan menggesa orang ramai agar mendoakan mangsa, keluarga mereka serta anggota keselamatan yang terlibat.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF) turut mengesahkan bahawa ejen dari pejabat Denver sedang membantu siasatan.

Motif kejadian masih belum dikenal pasti dan pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai latar belakang suspek atau hubungan dengan mangsa.






#The Owl Bar #insiden tembakan #Michael Paul Brown #anaconda