DUNIA

Empat maut dalam runtuhan salji di Pergunungan Alps, utara Itali

Bernama 08/02/2026 | 01:15 MYT
Satu kematian dalam kejadian runtuhan salji di Pergunungan Alps dilaporkan di Bellamonte, satu di Punta Rocca, sementara dua lagi di kawasan Valtellina. - REUTERS
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat maut dalam kejadian runtuhan salji di tiga lokasi berasingan di Pergunungan Alps, utara Itali pada Sabtu (7 Feb), menurut laporan media tempatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Satu kematian dilaporkan di Bellamonte manakala satu lagi di Punta Rocca yang terletak di massif Marmolada. Sementara itu, dua lagi mangsa maut di kawasan Valtellina.

Insiden terbaharu itu berlaku selepas dua lagi kematian berkaitan runtuhan salji yang dilaporkan awal minggu ini.

-- BERNAMA

#Itali #Runtuhan salji #pergunungan Alps #kematian