MEXICO CITY: Empat individu maut dalam insiden berbalas tembakan antara kumpulan penjenayah dan pihak berkuasa di Mexico pada Sabtu.

Menurut pihak berkuasa, tiga daripada mereka yang maut terdiri daripada ahli kumpulan Gulf Cartel manakala seorang lagi orang awam.

Kejadian bermula pada Jumaat malam di Matamoros apabila anggota tentera dan polis mengarahkan beberapa kenderaan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan berhenti, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Ahli kumpulan tersebut terus melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa sebelum cuba melarikan diri serta membakar beberapa kenderaan di Matamoros.

Dari 2019 sehingga Mac tahun ini, Matamoros dipenuhi pelarian yang diarah menunggu di Mexico sementara dokumen mereka diproses bagi membolehkan memasuki Amerika Syarikat di bawah polisi diluluskan bekas Presiden Donald Trump yang dikenali sebagai Protokol Perlindungan Migran (MPP).