INTERNATIONAL

Empat maut kejadian letupan sebuah hotel di Havana

Agensi 06/05/2022 | 17:12 MYT
Empat terbunuh manakala 19 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah hotel di pusat bandar Havana. - Foto REUTERS
HAVANA: Empat terbunuh manakala 19 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah hotel di pusat bandar Havana, menurut media kerajaan Cuba pada Jumaat.

Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel dalam kenyataan bagaimanapun menolak kemungkinan ianya berpunca akibat pengeboman.

Namun, beliau berkata pihak berkuasa masih menyiasat punca letupan tersebut.

Memetik laporan The Guardian, sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan hilang selepas kejadian terbabit.

Hotel lima bintang di Old Havana itu mempunyai 96 bilik tetapi dipercayai telah ditutup ketika letupan berlaku.
#letupan #Letupan kuat #Havana #Old Havana #hotel #Cuba