DUNIA

Empat maut, tiga cedera dalam nahas helikopter di Dagestan, Rusia

Bernama 07/11/2025 | 15:45 MYT
Empat orang dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas helikopter di republik Dagestan, Rusia. - Gambar fail/hiasan
MAKHACHKALA (Rusia): Empat orang dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas helikopter di republik Dagestan, Rusia, menurut data awal yang dikeluarkan oleh Ketua Pusat Pengurusan Wilayah, Israfil Israfilov, pada Jumaat, lapor RIA Novosti.

"Menurut maklumat awal yang diperoleh setakat ini, empat orang maut dan tiga cedera akibat nahas helikopter itu," kata Israfilov.

Dua daripada mangsa nahas helikopter berada dalam keadaan sangat kritikal manakala seorang lagi dilaporkan parah, tambah Israfilov.

-- BERNAMA

#nahas helikopter #Dagestan #Rusia #Israfil Israfilov