MANILA: Empat orang terbunuh selepas sebuah trak kargo merempuh sebuah gimnasium kampung dan beberapa kenderaan yang diletakkan di Bandar Raya Davao di selatan Filipina pada pagi Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan lapor Xinhua.
Pejabat Polis Bandar Raya Davao memaklumkan bahawa insiden itu berlaku sejurus selepas 10 pagi apabila sebuah daripada tayar trak 10 roda berkenaan meletup, menyebabkan pemandu hilang kawalan terhadap kenderaan itu.
Advertisement
Polis berkata pemandu, pembantunya dan dua pejalan kaki maut di tempat kejadian.
-- BERNAMA-XINHUA