DUNIA

Empat orang awam Kemboja terbunuh dalam pertempuran sempadan dengan Thailand

Astro Awani 08/12/2025 | 09:00 MYT
Kementerian Pertahanan Kemboja menegaskan serangan udara Thailand berlaku seawal subuh di dua lokasi dan mendakwa tenteranya tidak membalas serangan tersebut. -Gambar fail/AP
PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya empat orang awam Kemboja maut manakala 10 lagi cedera dalam serangan udara oleh tentera Thailand di wilayah sempadan Oddar Meanchey dan Preah Vihear, menurut Menteri Penerangan Kemboja, Neth Pheaktra.


Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya empat orang maut dan 10 cedera dalam serangan udara tentera Thailand di sempadan Kemboja, menurut Menteri Penerangan Kemboja, Neth Pheaktra.
  • Tindakan Thailand dipicu dakwaan Kemboja menggunakan senjata berat, mengakibatkan pertempuran dan serangan udara bagi melemahkan ketenteraan Kemboja.
  • Bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, mengecam tindakan Thailand sebagai pencerobohan, sementara lebih 385,000 penduduk sempadan Thailand dipindahkan dengan 35,000 berlindung di pusat perlindungan sementara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Pertempuran tercetus selepas Thailand mendakwa Kemboja menggerakkan senjata berat dan unit tempur berhampiran sempadan, sekali gus mendorong kepada reaksi balas serangan udara bagi melemahkan keupayaan ketenteraan Kemboja.

Kementerian Pertahanan Kemboja menegaskan serangan udara Thailand berlaku seawal subuh di dua lokasi dan mendakwa tenteranya tidak membalas serangan tersebut.

Bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, menyifatkan tindakan Thailand sebagai pencerobohan dan menggesa tentera kekal berdisiplin serta tidak terperangkap dalam provokasi.

Pegawai wilayah memaklumkan tiga daripada mangsa cedera berada dalam keadaan serius.

Sementara itu, lebih 385,000 penduduk di empat daerah sempadan Thailand telah dipindahkan, dengan lebih 35,000 kini berlindung di pusat perlindungan sementara.

Pertikaian sempadan di antara kedua-dua negara berlarutan sejak sekian lama dan mencetuskan konflik lima hari pada Julai lalu sebelum satu perjanjian gencatan senjata dimeterai di Kuala Lumpur dengan pengantaraan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapa jumlah mangsa awam yang maut dalam serangan udara tentera Thailand di wilayah sempadan Kemboja?
    A: Sekurang-kurangnya empat orang awam Kemboja dilaporkan maut dalam serangan udara oleh tentera Thailand.
  • Q: Apakah yang diminta bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, kepada tentera Thailand selepas kejadian tersebut?
    A: Hun Sen menyifatkan tindakan Thailand sebagai pencerobohan dan menggesa tentera kekal berdisiplin serta tidak terperangkap dalam provokasi.
  • Q: Berapakah jumlah penduduk yang telah dipindahkan di sempadan Thailand akibat pertikaian dengan Kemboja?
    A: Lebih 385,000 penduduk di empat daerah sempadan Thailand telah dipindahkan, dengan lebih 35,000 kini berlindung di pusat perlindungan sementara.



#Kemboja #Thailand #Anwar Ibrahim #Donald Trump #serangan udara