[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
DUNIA

Empat terbunuh, 26 cedera serangan bom di Pakistan

Astro Awani 31/07/2019 | 04:18 MYT
Pegawai mengumpul bukti di tapak pengeboman di Quetta, Pakistan, 30 Julai, 2019. (Foto AP)
Empat orang terbunuh sementara 26 yang lain cedera dalam satu insiden bom di tepi sebatang jalan di bandar Quetta, barat daya Pakistan.
Ketua Polis Quetta, Abdur Razzaq Cheema memaklumkan, bom tersebut mensasarkan pihak polis.
Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.
Quetta adalah ibu kota wilayah Baluchistan yang menjadi kawasan pemberontakan.
Kumpulan berkenaan menuntut autonomi lebih besar.
#Abdur Razzaq Cheema #autonomi #bom #maut #Pakistan #polis #Quetta #serangan