DUNIA
Empat wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Hospital Al-Ahli
Serangan ini merupakan kali kelapan hospital tersebut diserang sejak konflik bermula. -Gambar fail/Twitter @TRTWorldNow
GAZA: Empat wartawan Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera parah dalam serangan dron Israel menyasarkan kawasan pekarangan Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza City, pada Khamis.
Ringkasan AI
Mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Ismail Baddah, Suleiman Hajjaj, dan Samir Al-Rifai, manakala wartawan Ahmad Qalja meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan sama.
Seorang lagi wartawan, Emad Daloul, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, lapor Palestinian News Network.
Menurut saksi dan petugas perubatan, serangan dilakukan oleh pesawat tanpa pemandu Israel yang melepaskan tembakan ke arah kumpulan wartawan yang sedang berkumpul di pekarangan hospital tersebut.
Pengarah Hospital Al-Ahli Baptist, Dr Fadel Naeem, mengesahkan bahawa ini merupakan serangan kelapan ke atas hospital itu sejak konflik bermula.
Sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza pada Oktober 2023, sekurang-kurangnya 224 wartawan telah terbunuh, menjadikan Gaza sebagai kawasan paling berbahaya bagi pengamal media, menurut Jawatankuasa Perlindungan Wartawan Palestin (PJPC).
Serangan ini telah mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap tindakan Israel yang didakwa menyasarkan wartawan dan kemudahan awam di Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Empat wartawan Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera parah akibat serangan dron Israel yang menyasarkan kawasan Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza City.
- Serangan ini merupakan kali kelapan hospital tersebut diserang sejak konflik bermula, dan telah mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap tindakan Israel yang didakwa menyasarkan wartawan dan kemudahan awam.
- Sejak Oktober 2023, sekurang-kurangnya 224 wartawan terbunuh di Gaza, menjadikannya kawasan paling berbahaya bagi pengamal media menurut Jawatankuasa Perlindungan Wartawan Palestin.