Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Enam cedera dalam insiden tembakan di Baltimore

Bernama 10/08/2025 | 12:00 MYT
Enam orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, dalam insiden tembakan di sebuah kawasan kejiranan di Baltimore pada Sabtu malam. - Gambar fail/hiasan/Sinar Harian
WASHINGTON: Enam orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, dalam insiden tembakan di sebuah kawasan kejiranan di Baltimore pada Sabtu malam, menurut media tempatan, lapor Xinhua.

Tembakan berlaku sejurus sebelum 8.50 malam waktu tempatan (0050 GMT), berhampiran persimpangan Spaulding dan Queensberry Avenue, ketika orang ramai berkumpul di luar untuk menjamu selera, lapor ABC News yang memetik Pesuruhjaya Polis Baltimore, Richard Worley.

Seorang mangsa lelaki, berada dalam keadaan kritikal dan sedang menjalani pembedahan, menurut laporan itu, sambil menjelaskan yang polis belum mengeluarkan sebarang maklumat mengenai suspek atau berapa ramai suspek terlibat.

--BERNAMA-XINHUA




#insiden tembakan #Baltimore #enam cedera #Spaulding dan Queensberry Avenue