INTERNATIONAL
Enam dikhuatiri tertimbus akibat tanah runtuh di Jawa Timur
Tanah runtuh menjejaskan 10 rumah, serta menghalang laluan utama ke kampung sekali gus menyukarkan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan. - Gambar/ FB BPBD Kabupaten Trenggalek
JAKARTA: Seramai enam orang dikhuatiri tertimbus selepas kejadian tanah runtuh melanda daerah Trenggalek di Jawa Timur ekoran hujan lebat lebih sejam, menurut pegawai tempatan pada Selasa.
Ringkasan AI
Insiden berlaku di Kampung Depok, mukim Bendungan sekitar 4 petang waktu tempatan pada Isnin, membabitkan kira-kira 30 penduduk daripada 10 keluarga.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Trenggalek, 10 buah rumah terjejas termasuk tiga yang musnah sepenuhnya.
"Tanah runtuh turut menghalang laluan utama ke kampung berkenaan, sekali gus menyukarkan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan," menurut kenyataan agensi itu.
Pasukan mencari dan menyelamat daripada agensi bencana daerah dan wilayah, dibantu sukarelawan komuniti dikerah pada pagi Selasa bagi mencari mangsa yang hilang.
Namun, keadaan hujan berterusan serta bentuk muka bumi yang mencabar menyukarkan usaha itu.
Pihak berkuasa masih menilai tahap kerosakan keseluruhan dan menggesa penduduk yang tinggal di kawasan berbukit atau kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh supaya berpindah, memandangkan terdapat kemungkinan kejadian berulang, menurut BPBD.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Enam orang dikhuatiri tertimbus selepas tanah runtuh melanda Kampung Depok, mukim Bendungan akibat hujan lebat lebih sejam pada Isnin petang.
- Tanah runtuh menjejaskan 10 rumah, termasuk tiga yang musnah sepenuhnya, serta menghalang laluan utama ke kampung, menyukarkan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan.
- Pasukan penyelamat dikerah namun berdepan cabaran cuaca dan bentuk muka bumi. Pihak berkuasa menggesa penduduk di kawasan berisiko tinggi supaya berpindah kerana kemungkinan kejadian berulang.