Enam lelaki ditahan bunuh, makan spesies monyet terancam

Astro Awani
Disember 29, 2018 09:17 MYT
Suspek dilapor merakam perbuatan mereka memakan monyet langur menggunakan telefon pintar. -Gambar hiasan
Kegilaan enam lelaki di Vietnam membunuh dan memakan spesies monyet terancam berakhir apabila mereka ditahan pada Jumaat.
Keenam-enam suspek berusia 35 hingga 39 tahun itu dilapor merakam perbuatan mereka memakan monyet langur menggunakan telefon pintar dan menyiarkan video tersebut menerusi penstriman langsung di Facebook pada 17 November lalu, lapor media tempatan.
Pemerdagangan dan penjualan haiwan terancam adalah dilarang di Vietnam kerana dilindungi di bawah undang-undang, namun pengguna masih boleh mendapatkannya di pasaran gelap.
Kegilaan memakan spesies haiwan jarang ditemui serta terancam ketika ini meluas di Vietnam kerana ramai percaya ia dapat menyembuhkan penyakit.
#makan monyet #menyembuhkan penyakit #pasaran gelap #penstriman langsung #spesies terancam #Vietnam