DUNIA
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Lubnan berdepan infrastruktur yang semakin merosot akibat dekad-dekad pengabaian, kejatuhan ekonomi, rasuah serta kesan konflik berulang dengan Israel. - Gambar AP
TRIPOLI: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera selepas dua bangunan bersebelahan runtuh di bandar Tripoli, utara Lubnan, menurut kenyataan Ketua Majlis Perbandaran, Abdel Hamid Karimeh pada Ahad.
Dalam sidang medianya, Karimeh tidak dapat memastikan jumlah sebenar mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan di kawasan kejiranan Bab al-Tabbaneh.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan pertahanan awam, dibantu Bulan Sabit Merah Lubnan serta agensi kecemasan lain.
Penduduk setempat turut membantu dengan mengalihkan runtuhan dan membuka laluan untuk menyelamatkan mangsa.
Pasukan Keselamatan Dalaman serta polis perbandaran Tripoli turut mengarahkan pemindahan bangunan berhampiran bimbang ia turut runtuh, sambil anggota tentera melakukan kawalan ketat di lokasi.
Media tempatan melaporkan lapan mangsa cedera telah berjaya dikeluarkan.
Presiden Lubnan, Joseph Aoun, mengarah semua pasukan kecemasan berada dalam keadaan siap siaga untuk membantu operasi menyelamat serta menyediakan tempat perlindungan sementara kepada penduduk bangunan berhampiran yang dipindahkan.
Perdana Menteri, Nawaf Salam pula dalam kenyataannya menegaskan komitmen kerajaan menyediakan bantuan perumahan kepada semua penghuni bangunan yang terpaksa dikosongkan.
“Melihat kepada besarnya tragedi kemanusiaan ini - hasil pengabaian bertahun-tahun saya menyeru semua pihak, khususnya ahli politik di Tripoli dan seluruh negara, agar tidak mengeksploitasi bencana ini untuk keuntungan politik yang sempit,” katanya.
Negara itu berdepan infrastruktur yang semakin merosot akibat dekad-dekad pengabaian, kejatuhan ekonomi, rasuah serta kesan konflik berulang dengan Israel.
Antara masalah utama termasuk gangguan bekalan elektrik kronik, sistem air yang tidak boleh diharap dan berisiko tercemar, serta jalan raya dan bangunan yang semakin uzur.
Insiden bangunan runtuh di Tripoli ini sekali lagi menonjolkan keperluan mendesak pembaharuan infrastruktur menyeluruh di Lubnan. - Agensi