Enam maut dalam insiden tembakan di New Jersey

Hilmi Malik
Disember 10, 2019 22:34 MYT
Sekurang-kurangnya enam maut dalam insiden tembakan di New Jersey, Amerika Syarikat awal pagi tadi. -AP
Sekurang-kurangnya enam maut dalam insiden tembakan di New Jersey, Amerika Syarikat awal pagi tadi.
Selain dua suspek penyerang, insiden itu turut mengorbankan seorang anggota polis dan tiga orang awam, lapor portal berita The New York Times.
Serangan yang bermula jam 12.30 tengah hari waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia) berlaku setika pegawai polis terbabit sedang menyiasat satu kes bunuh yang dipercayai ada kaitan dengan suspek.
Suspek lelaki dan wanita yang belum dinamakan itu dipercayai melepaskan tembakan dan membunuh anggota polis berkenaan di sebuah kawasan perkuburan.
Mereka kemudian melarikan diri dengan sebuah trak dan bersembunyi di dalam sebuah pasar raya sebelum berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.

There is no Religion in world which taught Terrorism, terrorism is the state of sick mind, monster and illiterate people. #NEWJERSEY terrorist attack #activeshooter open Fire on police and civilians 1 killed several injured May Allah protect all Ameen #USA RT if you're agr pic.twitter.com/jgz6lAlzSl

— Hafiz Rana Akif (@HafizRanaAkif) December 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

JUST IN: Massive police response right now in New Jersey after active shooter was called in possible hostage situation. Stay tuned! pic.twitter.com/QXKRoUs0v3

— Mark Kennedy (@RealMarkKennedy) December 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

SOUND ON: Jersey City sounds like a war zone; ALL schools on lockdown, police tell media to leave the area - https://t.co/AIGMupF1k7 pic.twitter.com/6wvtJYNaYc

— Breaking911 (@Breaking911) December 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, sekolah di sekitar lokasi kejadian ditutup bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Pasukan keselamatan SWAT kini telah mula mengadakan kawalan ketat termasuk menutup jalan di beberapa kawasan rumah kedai.
#anggota polis maut #dua suspek #enam maut #insiden tembakan #kawasan perkuburan #New Jersey #sekolah tutup