DUNIA
Enam maut dalam kebakaran pusat beli-belah Karachi
Api dilaporkan marak dari tingkat bawah sebelum merebak ke seluruh bangunan. -Foto Reuters
KARACHI: Sekurang-kurangnya enam orang maut apabila kebakaran besar memusnahkan pusat beli-belah Gul Plaza di Karachi, selatan Pakistan, dalam insiden yang berlarutan lebih 12 jam sejak Sabtu malam.
Api dilaporkan marak dari tingkat bawah sebelum merebak ke seluruh bangunan, menurut polis dan pasukan penyelamat.
Kebakaran bermula jam 10.38 malam waktu tempatan ketika peniaga sedang menutup premis.
Usaha memadam api berdepan kesukaran dan setakat kemas kini pagi Ahad, hanya kira-kira 30 peratus kebakaran berjaya dikawal.
Sekurang-kurangnya 20 mangsa turut dilaporkan cedera.
Menurut pegawai polis Mohsin Raza, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di kedai tingkat bawah sebelum merebak ke tingkat lain yang padat dengan kedai pakaian, barangan plastik dan gudang simpanan.
Siasatan penuh bagaimanapun hanya dapat dijalankan selepas api dipadamkan sepenuhnya.
Pasukan penyelamat turut memaklumkan bahawa sebahagian struktur bangunan runtuh akibat kepanasan melampau, menyukarkan operasi mencari mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap di dalam kompleks yang menempatkan lebih 1,200 kedai itu.
Gambar dan rakaman televisyen menunjukkan asap hitam tebal menyelubungi premis, manakala anggota bomba menggunakan tangga, meriam air dan hos tekanan tinggi untuk memadamkan kebakaran yang menjulang dari tingkap serta balkoni bangunan.
Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Shehbaz Sharif menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, selain mengarahkan kerajaan wilayah Sindh menyediakan bantuan segera termasuk rawatan perubatan dan sokongan kepada peniaga yang terjejas.