DUNIA

Enam maut dalam letupan di luar mahkamah Islamabad

Astro Awani 11/11/2025 | 09:15 MYT
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam letupan berhampiran Kompleks Kehakiman Daerah di Islamabad, Pakistan, dipercayai berpunca daripada serangan bunuh diri. -Gambar Reuters
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam letupan berhampiran Kompleks Kehakiman Daerah di Islamabad, Pakistan, pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan puluhan cedera dalam letupan berhampiran Kompleks Kehakiman Daerah di Islamabad, Pakistan, dipercayai berpunca daripada serangan bunuh diri.
  • Pasukan penyelamat dan unit penghapusan bom dikerahkan ke lokasi, mangsa cedera dirawat di Hospital Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS), beberapa dilaporkan kritikal.
  • Siasatan forensik sedang dijalankan untuk mengenal pasti jenis bahan letupan dan pihak yang bertanggungjawab, menjelang kebimbangan keselamatan serantau berikutan insiden serupa di New Delhi, India.


Polis mengesahkan letupan dipercayai berpunca daripada serangan bunuh diri di kawasan tempat letak kenderaan mahkamah, menyebabkan gegaran kuat dan panik dalam kalangan orang awam serta petugas kehakiman.

Pasukan penyelamat dan unit penghapusan bom dikerahkan ke lokasi, manakala mangsa cedera dibawa ke Hospital Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) untuk rawatan lanjut.

Beberapa mangsa dilaporkan kritikal.

Jurucakap polis berkata kawasan kejadian telah dikawal sepenuhnya dan siasatan forensik sedang dijalankan bagi mengenal pasti jenis bahan letupan serta pihak yang bertanggungjawab.

Letupan ini berlaku hanya beberapa hari selepas insiden serupa di New Delhi, India, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan ancaman keselamatan serantau.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab dan pihak berkuasa Pakistan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung motif serangan.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan letupan berlaku berhampiran Kompleks Kehakiman Daerah di Islamabad, Pakistan?
    A: Polis mengesahkan letupan dipercayai berpunca daripada serangan bunuh diri di kawasan tempat letak kenderaan mahkamah.
  • Q: Berapa bilangan mangsa yang terbunuh dan cedera dalam letupan tersebut?
    A: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam letupan tersebut.
  • Q: Di mana mangsa cedera dibawa untuk rawatan lanjut selepas letupan berlaku?
    A: Mangsa cedera dibawa ke Hospital Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) untuk rawatan lanjut.
  • Q: Apakah langkah yang diambil pihak berkuasa setelah letupan berlaku di Islamabad?
    A: Pasukan penyelamat dan unit penghapusan bom dikerahkan ke lokasi, manakala kawasan kejadian dikawal sepenuhnya dan siasatan forensik sedang dijalankan.
  • Q: Adakah pihak yang bertanggungjawab untuk letupan ini telah diidentifikasi pada masa ini?
    A: Sehingga kini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dan pihak berkuasa Pakistan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung motif serangan tersebut.



#bom #Pakistan #Kompleks Kehakiman Daerah #bunuh diri #letupan