[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
INTERNATIONAL

Enam maut dalam nahas helikopter Tentera Udara Sri Lanka

Bernama 09/05/2025 | 10:45 MYT
Enam anggota tentera maut akibat kecederaan yang dialami mereka selepas sebuah helikopter Tentera Udara Sri Lanka terhempas ke dalam Takungan Maduru Oya di Wilayah Tengah Utara negara itu pada pagi Jumaat. - Gambar fail
COLOMBO: Enam anggota tentera maut akibat kecederaan yang dialami mereka selepas sebuah helikopter Tentera Udara Sri Lanka terhempas ke dalam Takungan Maduru Oya di Wilayah Tengah Utara negara itu pada pagi Jumaat, menurut jurucakap tentera, lapor Xinhua.

Jurucakap Tentera Udara Eranda Geeganage berkata terdapat 12 individu di dalam pesawat itu semasa nahas, termasuk dua juruterbang dengan enam daripada mereka meninggal dunia selepas dihantar ke hospital di kawasan berhampiran.

Beliau berkata enam lagi mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Sebelum ini, Geeganage menyatakan bahawa kesemua 12 orang di dalam pesawat itu selamat dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Insiden itu berlaku semasa demonstrasi yang diadakan bersempena majlis tamat latihan Tentera Udara Sri Lanka.

-- BERNAMA


#nahas helikopter #Tentera Udara Sri Lanka #terhempas #Takungan Maduru Oya