Skip to main content

Dunia

Enam maut dalam operasi Israel di Tebing Barat

Palestinians pray next to the bodies of Palestinians during their funeral who were killed in a deadly shooting incident, according to Israeli and Palestinian health officials, near the village of Tal, in Nablus, in the Israeli-occupied West Bank, July 25, 2026. REUTERS
Empat warga Palestin terbunuh dalam pertempuran di perkampungan Sarra, barat Nablus. -Foto Reuters
Advertisement

RAMALLAH: Sekurang-kurangnya enam individu disahkan maut selepas tentera Israel dan kumpulan peneroka haram Israel melancarkan operasi ke atas beberapa bandar dan perkampungan di Tebing Barat yang diduduki sejak malam tadi.

Menurut laporan Al Jazeera, insiden di perkampungan Sarra, barat Nablus mengorbankan empat warga Palestin dan dua warga Israel selepas pertempuran tercetus di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian, tentera Israel dilapor memperketat kawalan keselamatan di beberapa kawasan selain melancarkan operasi ketenteraan di seluruh Tebing Barat.

Pasukan rejim itu turut dilapor menyerbu Kem Pelarian Aqabat Jabr di selatan Jericho, bandar Qalqilya, perkampungan Kobar di daerah Ramallah serta Kafr Aqab di utara Baitulmuqaddis bagi menjalankan operasi penahanan.

Operasi sama juga dilapor menyasarkan pekan Ya'bad serta perkampungan Zababdeh dan Burqin di wilayah Jenin, manakala beberapa struktur di perkampungan Faroun, selatan Tulkarem dilapor dirobohkan.

Ketegangan turut dilaporkan berlaku di Nablus apabila pasukan khas Israel mengepung Hospital Pakar Nablus dan menahan seorang warga Palestin yang cedera.

Dalam perkembangan sama, tentera Israel dilapor melepaskan gas pemedih mata ke arah kawasan berhampiran hospital dan kediaman penduduk di Qaryut, manakala puak pelampau Israel didakwa membakar beberapa rumah serta kenderaan milik warga Palestin di Sarra dan Urif.

 

Must Watch Video

Advertisement