Skip to main content

Dunia

Enam maut dalam rutuhan salji di Gunung Everest

81397793020_295x200.jpg
Enam pendaki maut selepas runtuhan salji melanda Gunung Everest awal pagi Jumaat. Menurut laporan, kesemua mangsa dipercayai terdiri daripada pemandu bangsa Sherpa yang bertugas di puncak gunung menjelang permulaan musim mendaki.

“Para penyelamat telah mengeluarkan empat mangsa daripada timbunan sajli dan kini mereka sedang berusaha untuk mengeluarkan dua lagi mangsa,” kata Presiden Persatuan Mendaki Gunung Nepal, Ang Tshering Sherpa.

Runtuhan salji itu berlaku pada kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia pada ketinggian 5,800 metre di sebuah kawasan yang dikenali sebagai ‘popcorn field’ yang terletak pada laluan bahaya ‘Khumbu icefall’, tambah Sherpa.

Ramai lagi pendaki dilaporkan tercedera dalam kejadian itu, tetapi jumlah keseluruhan masih belum didedahkan pihak berkuasa.

Pegawai Kementerian Pelancongan Nepal ditemui AFP berkata, kesemua pendaki yang terlibat adalah warga Nepal yang sedang menyediakan laluan ke puncak gunung tersebut sebelum musim mendaki bermula pada akhir bulan ini.

“Apa yang kami tahu setakat ini, 14 pendaki warga Nepal mendaki gunung itu untuk membawa peralatan dan bagasi ke kawasan itu,” tambah pegawai itu.

Seorang eksekutif di sebuah syarikat mendaki memberitahu CNN, runtuhan salji itu berlaku semasa pemandu Sherpa sedang menyediakan laluan untuk pendaki gunung.

Advertisement

Must Watch Video