Enam maut ketika daki Gunung Klyuchevskaya Sopka

Bernama
September 4, 2022 04:00 MYT
Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika berada pada ketinggian kira-kira 4,150 meter. - Foto Instagram/@dana_fox_
VLADIVOSTOK: Enam orang maut ketika mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka di Kamchatka Rusia pada Sabtu, lapor Agensi Berita Xinhua.
Menurut laporan TASS, sekumpulan 10 pelancong Rusia dan dua pemandu pelancong memulakan misi mendaki gunung itu pada Selasa.
Pada Sabtu, sembilan daripada pendaki berkenaan mula mendaki Klyuchevskaya Sopka manakala yang selebihnya berada di kem yang terletak pada ketinggian 3,300 meter.
Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika berada pada ketinggian kira-kira 4,150 meter. Anggota penyelamat sedang mengesan pendaki yang lain.
Maklumat lanjut mengenai kejadian itu masih belum diumumkan.
Klyuchevskaya Sopka yang mempunyai ketinggian kira-kira 4,750 meter ialah gunung berapi aktif tertinggi di Eurasia.
-- BERNAMA
#gunung Klyuchevskaya Sopka #meninggal dunia #pendaki #pelancong