awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam maut, pesawat terhempas berhampiran lapangan terbang California Selatan

Bernama
Bernama
09/07/2023
10:52 MYT
Enam maut, pesawat terhempas berhampiran lapangan terbang California Selatan
Sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran Lapangan Terbang French Valley di California hingga mengorbankan kesemua enam penumpang. - Foto AP
LOS ANGELES: Sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran Lapangan Terbang French Valley di California hingga mengorbankan kesemua enam penumpang, nahas kedua di lokasi yang sama dalam tempoh empat hari, lapor tca/dpa.
Menurut ciapan yang disiarkan oleh Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California dan Jabatan Bomba Daerah Riverside, pesawat Cessna 550 terhempas pada pagi Sabtu manakala kesemua penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai Koroner belum mendedahkan identiti juruterbang atau penumpang setakat ini.
Pangkalan data pengesanan pesawat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menyenaraikan pesawat itu milik Prestige Worldwide Flights of Imperial, California.
Ejen syarikat itu gagal dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.
Pejabat media NTSB mengeluarkan kenyataan bahawa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas terhempas ketika cubaan mendarat kali kedua.
Kabus tebal yang menyelubungi kawasan itu mungkin menyebabkan pesawat itu gagal mendarat.
Lapangan terbang daerah itu tidak mempunyai menara atau kawalan trafik udara.
Juruterbang boleh dibimbing menggunakan instrumen tetapi landasan perlu jelas kelihatan sebelum mendaratkan pesawat.
Nahas itu berlaku empat hari selepas apabila sebuah pesawat terlanggar bahagian tepi bangunan berhampiran Lapangan Terbang French Valley mengakibatkan seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera.
--BERNAMA-tca/dpa
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Lapangan Terbang French Valley
#California
#Cessna 550
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan