DUNIA
Enam maut, pesawat terhempas di Kenya
Serpihan pesawat kelihatan berselerakan di tanah di lokasi kejadian pesawat Cessna kendalian AMREF Flying Doctors terhempas merempuh bangunan di pinggir bandar Githurai, timur laut Nairobi, Kenya, 7 Ogos 2025. REUTERS
NAIROBI: Pihak berkuasa tempatan mengesahkan sebuah pesawat terhempas di Kenya pada Khamis, mengorbankan enam nyawa.
Anadolu Ajansi melaporkan, pesawat milik AMREF Flying Doctors itu terhempas di daerah Kiambu, Kenya dan merempuh sebuah bangunan kediaman ketika nahas berlaku.
Pesuruhjaya Daerah Kiambu, Henry Wafula berkata, mangsa di dalam pesawat terdiri daripada juruterbang, dua jururawat dan seorang doktor.
Dua penduduk bangunan yang terlibat turut maut, katanya kepada pemberita.
Ketua Polis Daerah Kiambu, Maurice Odanga mengesahkan jumlah korban dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap hitam tebal dari lokasi nahas.
Pasukan penyelamat dilihat bertungkus lumus melakukan kerja menyelamat di tengah-tengah kebakaran, serpihan pesawat dan debu.
Identiti kesemua mangsa masih belum didedahkan.
-- BERNAMA