Skip to main content

Dunia

Enam maut selepas hujan lebat akibatkan bangunan runtuh di Mumbai

Police officers stand near a tree that fell onto a street during monsoon rains in Mumbai, India, Sunday, July 5, 2026. (AP Photo/Rafiq Maqbool)
Pihak berkuasa telah mengisytiharkan cuti bagi institusi pendidikan demi keselamatan para pelajar. - Gambar/ AP
Advertisement

NEW DELHI: Enam orang maut dan seorang cedera pada Ahad selepas hujan lebat menyebabkan sebuah bangunan beberapa tingkat runtuh di Mumbai, hab kewangan India, menurut laporan Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan pegawai.

Insiden itu berlaku di kawasan Mankhurd, menurut pemimpin kanan BJP Maharashtra yang juga Menteri Negeri Girish Mahajan ketika bercakap kepada pemberita.

Beliau berkata siasatan akan dijalankan mengenai cara pembinaan struktur bangunan tersebut.

Pada Ahad, hujan lebat dan angin kencang turut mengganggu operasi penerbangan buat sementara waktu di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj Mumbai, menurut pihak berkuasa.

Susulan hujan lebat itu, pihak berkuasa telah mengisytiharkan cuti bagi institusi pendidikan demi keselamatan para pelajar.

Hujan monsun di India biasanya bermula pada Jun dan berakhir September.

-- BERNAMA-ANADOLU 

 

 

Must Watch Video

Advertisement