[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
DUNIA

Enam sekeluarga termasuk kanak-kanak maut serta-merta disambar petir

Agensi 29/01/2019 | 03:33 MYT
Mangsa termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terbunuh selepas mengalami lecur teruk, kata pegawai kerajaan. - Gambar hiasan
Enam sekeluarga maut serta merta di tempat kejadian selepas disambar petir ketika mereka sedang berlindung dari kejadian ribut di Madagascar Sabtu lalu.
Mangsa termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terbunuh selepas mengalami lecur teruk, kata pegawai kerajaan.
“Anggota sekeluarga itu adalah kumpulan 25 petani yang berteduh di dalam sebuah rumah di satu kawasan sawah padi sebelum disambar petir,” kata seorang pegawai perubatan.
Selain itu lapan yang lain sedang dirawat ekoran insiden itu.
Fenomena sambaran petir sememangnya sering berlaku di Madagascar, sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi.
#disambar petir #Lautan Hindi #Madagascar #mangsa #maut #petir