KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghentikan segera tindakan keganasan rejim Israel di bumi Palestin ketika ini, terutamanya di Al-Quds Al- Shareef.
Justeru Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika berucap dalam Mesyuarat Tergempar Terbuka Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri-Menteri Luar pada Ahad berkata Malaysia mencadangkan enam perkara terhadap pertubuhan itu bagi menekan Majlis Keselamatan PBB agar segera bertindak.
"Pertama, OIC perlu mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk memperbaiki kegagalannya, dan memikul tanggungjawabnya dalam menjaga keamanan dan keselamatan.
"OIC perlu menekan UNSC untuk bertindak segera, menguatkuasakannya ketetapan dan menegakkan kedaulatan undang-undang. Israel mesti mematuhi sepenuhnya semua kewajibannya seperti yang ditetapkan oleh resolusi UNSC yang relevan, termasuk Resolusi 2334 dan undang-undang antarabangsa, serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Ketika ini jelasnya, dunia kecewa dengan ketidakupayaan Majlis Keselamatan PBB menghentikan segera keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.
"Setakat ini, UNSC belum mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan semasa di Palestin. UNSC tidak boleh dihalang menjalankan tugasnya terutama berhubung keadaan di Palestin.
"Kedua, dalam memastikan keselamatan saudara-saudara kita di Palestin, OIC perlu mendesak PBB untuk memberikan perlindungan antarabangsa kepada Wilayah Palestin.
"Perlindungan PBB tersebut akan mencegah berlakunya keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia di Palestin yang dijajah.
"Seruan untuk perlindungan PBB, selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva, akan memastikan pertanggungjawaban bagi semua pihak dalam konflik ini," katanya lagi.
Perkara ketiga yang disyorkan jelas Hishamuddin, masyarakat antarabangsa khususnya negara anggota OIC harus kuat menggerakkan semua saluran undang-undang, politik dan ekonomi untuk menekan Israel.
"Pada peringkat ini, Malaysia baru-baru ini bekerjasama erat dengan Indonesia dan Brunei bersama-sama mengutuk serangan Israel terhadap rakyat Palestin.
"Perdana Menteri Malaysia (Tan Sri Muhyiddin Yassin), bersama bersama Seri Paduka Baginda Sultan Hassanal Bolkiah dari Negara Brunei Darussalam dan Presiden Joko Widodo dari Indonesia pemimpin lebih dari 250 juta umat Islam di Asia Tenggara bersama-sama akan meminta Israel menghentikan segera pencerobohan di seluruh penjajahan Wilayah Palestin.
"Keempat, negara anggota OIC perlu mendesak masyarakat awam di seluruh dunia menuntut dan menonjolkan pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa, di Wilayah Palestin yang dijajah," katanya lagi.
Ujarnya, peranan masyarakat dunia amat penting dalam memberi tekanan terhadap Israel. Malah Hishamuddin turut memuji secara peribadi usaha rakyat Malaysia tanpa henti mengecam kekejaman terhadap rakyat Palestin secara dalam talian.
"Ini untuk memastikan bahawa penindasan terhadap rakyat Palestin dapat diketahui dan difahami seluruh Malaysia walaupun ada pihak lain melabelkan Palestin sebagai pengganas.
"Kelima, masyarakat antarabangsa mesti terus mencari jalan penyelesaian terhadap konflik ini. Kita mesti bertindak segera mengatasi punca konflik dan kembali ke proses perdamaian yang bermakna menamatkan penjajahan Israel," katanya lagi.
Cadangan keenam pula, Malaysia jelas Hishamuddin menekankan betapa pentingnya semua negara anggota OIC untuk terus bersatu membela nasib rakyat Palestin.
"Malaysia menekankan kepentingan semua negara anggota OIC untuk terus bersatu dalam mendokong perjuangan Palestin kerana tanpa perpaduan, Ummah Islam akan terhumban ke arah perpecahan," katanya lagi.
Jelasnya, ketika Malaysia dengan tegas dan secara terbuka menuntut Israel menghentikan keganasan dan serangan ke atas Palestin, masyarakat antarabangsa tidak boleh terus memilih untuk berdiam diri dan tidak menghiraukan kezaliman yang dilakukan Israel.
"Adalah satu penghinaan apabila negara lain bersuara dan bercakap mengenai hak Israel untuk mempertahankan diri dan pada masa sama tiada sebarang suara yang memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk mempertahankan diri ketika mereka disembelih atau dijajah lebih 50 tahun," katanya.
Justeru Malaysia tegas Hishamuddin, sentiasa dan secara konsisten mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang beribadat di Masjidil Aqsa, semua bentuk pengusiran di Sheikh Al-Jarrah serta serangan udara berterusan Zionis di Semenanjung Gaza.
Tegasnya lagi, kezaliman, kekejaman, serangan yang berlebih-lebihan serta melampau Israel jelas mencabuli semua undang-undang antarabangsa malah pelakuan ini melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta fasal jenayah perang dalam Konvensyen Geneva Keempat 1949.
Fareez Azman
Sun May 16 2021

Tegas Hishammuddin, masyarakat antarabangsa tidak boleh terus memilih untuk berdiam diri dan tidak menghiraukan kezaliman yang dilakukan Israel. - Gambar fail/BERNAMA

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.

Peguam Negara AS | Video Trump beri keterangan bersumpah didedahkan
Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil. Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan pindaan kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Perhilitan | Operasi bersepadu pelbagai agensi, NGO akan diperkasakan
Perhilitan turut bertekad meneruskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu iaitu 'Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di seluruh Semenanjung. Melalui BP3 jelasnya, program Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan akan dilaksanakan.

Seludup Hidupan Liar | Kini boleh didenda hingga RM1 juta, penjara 15 tahun
Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia akan menguatkuasakan 44 seksyen di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] bermula hari ini. Menurut Perhilitan dalam satu kenyataan, penguatkuasaan Akta A1646 bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar yang melibatkan beberapa kesalahan menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar.

AWANI Ringkas: KJ jamin tidak ambil tindakan jejaskan kesejahteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perancis lumpuh, ramai mogok bantah usia persaraan
Kira-kira sejuta orang dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara semalam untuk tujuan itu.

Lelaki Switzerland punyai jangka hayat paling tinggi di dunia
Menurut Stephane Cullati dari Universiti Fribourg, terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan purata jangka hayat.

Pelancong | Masa untuk rombak sektor pelancongan
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengunjurkan ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali kepada 9.6 juta pada 2023 daripada anggaran 2.5 juta tahun lalu. Kenanga menjelaskan unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia apabila pandemik COVID-19 berakhir, pembatalan semua kuarantin semasa ketibaan dan keperluan saringan di Malaysia mulai 1 Ogos, 2022 selain pembukaan semula China secara beransur-ansur.

Jiwa SME | Pemasaran rempeyek dalam talian capai peringkat antarabangsa
Kudapan tradisional 'rempeyek' yang telah diinovasikan kepada pelbagai rasa telah menjana pendapatan jutaan ringgit. Itu kejayaan yang dicapai Krup Krap My International Sdn Bhd yang mula diuahakan di rumah sahaja sejak lebih 3 tahun lepas dan turut melahirkan puluhan usahawan yang sudah bergelar jutawan. Pemiliknya seorang wanita muda, graduan Universiti Teknologi Petronas Nuramalina Ahmad Baharudin bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya semasa zaman universiti sehingga berjaya diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Korporat | Perodua kenal pasti dua cabaran tahun ini
Dua cabaran utama dikenalpasti oleh Perodua bagi tahun ini melibatkan peningkatan kapasiti vendor dan bekalan semikonduktur. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu sudah merangka strategi bagi memastikan dua cabaran ini diurus dengan baik.

Dr Mahathir, Muhyiddin disaman berhubung penamatan projek HSR
Seorang individu memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penamatan projek HSR.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Armizan sah tidak sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah, kekal ahli langsung GRS
Selain Armizan, tiga lagi Ahli Dewan Rakyat yang kekal sebagai ahli langsung GRS ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang); Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).

Apa sudah jadi dengan UMNO? - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan UMNO sudah tidak mempunyai masa depan dalam politik negara susulan tindakan 'pembersihan' melibatkan beberapa figura pemimpin dan ahli parti itu.

'KJ pemimpin bijak, kalau berminat boleh buat permohonan' - Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia membuka ruang dan mempertimbangkan sekiranya ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai mereka.

Ucapan ceramah PRU15 tidak berunsur fitnah terhadap Anwar - Muhyiddin
Muhyiddin mendakwa ucapannya semasa ceramah 'Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak berunsur fitnah.

Pengurusan kes saman fitnah difail Anwar terhadap Muhyiddin 23 Februari ini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 23 Februari depan bagi pengurusan kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Isu MP Sabah lompat parti: Speaker Dewan Rakyat terkhilaf, Bersatu rujuk ke mahkamah - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, Johari bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan parti, justeru terkhilaf dalam membuat tafsiran serta keputusan.

Dakwaan seleweng dana kerajaan RM92.5 bilion pembohongan besar - Muhyiddin
Muhyiddin mendakwa pembohongan yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersandarkan kepada cerita rekaan atas rekaan.

Pemimpin PN sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung dana kerajaan RM92.5 bilion - Wan Saiful
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan memberi jaminan, mana-mana pemimpin PN yang dipanggil SPRM akan memberikan kerjasama sepenuhnya.