[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Enam terbunuh helikopter terhempas di Sungai Hudson

Astro Awani 11/04/2025 | 00:00 MYT
Sebuah kren digunakan bagi mengeluarkan helikopter yang terhempas di Sungai Hudson. - Foto AP
NEW YORK: Enam orang disahkan maut selepas sebuah helikopter terhempas ke dalam Sungai Hudson berhampiran Manhattan, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Menurut Jabatan Bomba New York (FDNY), pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3:17 petang waktu tempatan.
Helikopter berkenaan dilaporkan terhempas di kawasan sungai berhampiran Houston Street dan terowong Holland Tunnel, salah satu laluan utama keluar masuk Manhattan.
Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
Beberapa video yang dimuat naik oleh orang awam di media sosial menunjukkan helikopter itu dalam keadaan terbalik dan hampir keseluruhannya tenggelam di dalam air.
Setakat ini, identiti mangsa belum didedahkan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa penerbangan.
Pihak Berkuasa Persekutuan Penerbangan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dijangka akan mengambil alih siasatan rasmi dalam masa terdekat.
#Nahas #helikopter terhempas #meninggal dunia #sungai hudson