DUNIA
Enam termasuk suspek maut dalam insiden tembakan di pasar Bangkok
Seorang lelaki bersenjata menembak pengawal keselamatan dan orang awam sebelum menamatkan riwayatnya sendiri dalam insiden tembakan rambang di Pasar Or Tor Kor (foto), Bangkok. -Gambar fail/Facebook Or Tor Kor Market
BANGKOK: Sekurang-kurangnya enam individu maut dalam insiden tembakan rambang di Pasar Or Tor Kor, sebuah lokasi popular berhampiran Chatuchak, Bangkok, tengah hari tadi.
Ringkasan AI
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bang Sue, Kolonel Worapat Sukthai, kejadian berlaku jam 12.38 tengah hari apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan dan orang awam di kawasan pasar makanan segar tersebut.
“Empat pengawal keselamatan dan seorang wanita disahkan maut di lokasi kejadian. Dua lagi wanita mengalami kecederaan,” katanya kepada media.
Suspek, yang dikenal pasti sebagai lelaki berusia 61 tahun dari daerah Khong, Nakhon Ratchasima, dilapor menamatkan riwayatnya sendiri selepas melakukan serangan tersebut.
Mayat suspek ditemui di atas bangku dalam bangunan pasar, lengkap berpakaian baju-T hitam dan seluar celoreng, dengan beg galas di sisi.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek menembak mangsa pada jarak dekat sebelum berlari ke arah gerai makanan laut dan menembak seorang peniaga wanita yang merayu agar tidak dicederakan.
Polis sedang menyiasat motif kejadian, termasuk kemungkinan kaitan dengan ketegangan sempadan Thailand-Kemboja yang sedang berlaku.
Pasar Or Tor Kor, yang terkenal dengan hasil pertanian berkualiti tinggi dan sering dikunjungi pelancong, telah dikosongkan serta dikawal ketat oleh pihak berkuasa.
Insiden ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap tahap kawalan senjata api di Thailand, yang dilaporkan longgar dan mudah diakses.
Ringkasan AI
- Enam individu maut dalam insiden tembakan rambang di Pasar Or Tor Kor, Bangkok, apabila seorang lelaki bersenjata menembak pengawal keselamatan dan orang awam sebelum menamatkan riwayatnya sendiri.
- Suspek berusia 61 tahun dari Nakhon Ratchasima dikenal pasti melalui rakaman CCTV, yang menunjukkan dia menembak mangsa pada jarak dekat termasuk seorang peniaga wanita.
- Polis sedang menyiasat motif kejadian termasuk kemungkinan kaitan dengan ketegangan sempadan Thailand-Kemboja, sementara insiden ini mencetuskan kebimbangan terhadap kawalan senjata api di Thailand.