awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam trak bawa bantuan dari Jordan selamat tiba di Tebing Barat

Bernama
Bernama
01/11/2023
04:55 MYT
Enam trak bawa bantuan dari Jordan selamat tiba di Tebing Barat
Bantuan itu adalah hasil kerjasama kerajaan Jordan dan Palestin demi memberi sokongan secara berterusan kepada Tebing Barat, manakala trak dan bantuan seterusnya akan menyusul. - Gambar hiasan
RAMALLAH (Palestin): Trak yang membawa ubat-ubatan dan peralatan perubatan dari Jordan selamat tiba di gudang Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada petang Selasa, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Jordan menghantar enam trak bantuan melalui persimpangan Karama pada awal Selasa atas titah Raja Abdullah.
Bantuan itu dihantar ke gudang berkenaan sambil disaksikan Duta Jordan ke Ramallah, Issam Al-Bdour.
Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila berkata bahawa bantuan itu bertujuan menyokong sektor kesihatan Palestin dan bantuan serupa turut tiba di Lapangan Terbang Al-Arish untuk diagihkan ke Semenanjung Gaza.
Kementerian Kesihatan Palestin kini berusaha membantu sektor kesihatan Gaza, yang sebelum ini mengisytiharkan darurat disebabkan kekurangan ubat-ubatan, bekalan perubatan dan bahan api, kata Alkaila.
Sementara itu, Al-Bdour berkata bantuan itu adalah hasil kerjasama kerajaan Jordan dan Palestin demi memberi sokongan secara berterusan kepada Tebing Barat, manakala trak dan bantuan seterusnya akan menyusul.
Beliau berkata, Jordan sedang menjalin kerjasama dengan rakan kongsi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi kemanusiaan antarabangsa yang lain untuk memberi tekanan bagi memudahkan bantuan dapat disalurkan kepada rakyat di Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Jordan
#trak bantuan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan