[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

Enjin pesawat United Airlines terbakar selepas mendarat

Astro Awani 03/07/2017 | 01:28 MYT
Beberapa penumpang berkongsi gambar dan video kebakaran enjin pesawat United Airlines di media sosial - Twitter/raiyansyed
Sebuah pesawat United Airlines mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Ahad dengan kebakaran pada salah satu enjin pesawat tersebut, lapor The Telegraph.
Menurut pihak lapangan terbang, tidak ada penumpang cedera dan kesemuanya berjaya dibawa meninggalkan pesawat ke terminal.
United mengesahkan penerbangan tersebut dikendalikan oleh SkyWest Airlines, sebuah syarikat penerbangan perantara yang membekalkan perkhidmatan kepada beberapa syarikat penerbangan utama Amerika Syarikat, termasuk United Airlines.
Penerbangan dari Aspen, Colorado itu mengalami masalah enjin selepas mendarat dengan selamat, tambah United.
Beberapa gambar di media sosial menunjukkan pesawat model Bombardier itu di landasan dengan enjin sebelah kiri terbakar.
Pihak lapangan terbang turut mengesahkan insiden tersebut kini disiasat. Kesemua landasan dibuka seperti biasa dan operasi lapangan terbang tidak terjejas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kebakaran #Lapangan Terbang Antarabangsa Denver #pesawat #United Airlines