EPL: Jurgen Klopp dinamakan pengurus terbaik

Astro Awani
Julai 27, 2020 23:00 MYT
Klopp mengemudi The Reds sehingga berjaya menjulang gelaran EPL buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun. - AP Photo/Paul White
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dinamakan sebagai pengurus terbaik tahun ini oleh Persatuan Pengurus Liga.
Klopp mengemudi The Reds sehingga berjaya menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun.
Liverpool juga mengumpul 99 mata keseluruhan musim ini.
Pemenang diundi oleh barian pengurus kelab lain.
Bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menyifatkan, Klopp layak dianugerahkan penghargaan itu atas kerja keras menaikkan semula nama Liverpool.
#Alex Ferguson #EPL #jurgen klopp #Liga Perdana Inggeris #Liverpool #Manchester United #pengurus terbaik