DUNIA

EPL: Peluang cerah Chelsea ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tumpaskan Aston Villa

Astro Awani 21/06/2020 | 22:00 MYT
The Blues mendominasi aksi babak pertama namun gagal menghasilkan gol. - AP
CHELSEA melonjakkan peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa.

The Blues mendominasi aksi babak pertama namun gagal menghasilkan gol.

Tuan rumah mendahului dengan menjaringkan gol pada minit ke 43.

The Blues bagaimanapun bangkit dari ketinggalan dengan meledakkan dua gol masing-masing pada minit ke-60 dan 62.

Kemenangan mengekalkan Chelsea di tangga keempat liga, mendahului Manchester United dengan lima mata.

Sementara Aston Villa masih bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran.

#Aston Villa #Chelsea #EPL #Liga Juara-Juara Eropah #Manchester United #peluang cerah #The Blues